Skip to main content

A. Overview of MY MOOC

Enrollment is Closed

TENTANG KURSUS INI

Selamat datang ke kursus pembelajaran sepanjang hayat kami untuk memperkasakan komuniti peribumi luar bandar dengan menyambungkan masyarakat kepada teknologi untuk pembangunan sosio-ekonomi menerusi "MOOCs dengan Tujuan Sosial" dan menyediakan peluang belajar melangkaui halangan ruang masa.

KEPERLUAN KURSUS

Pelajar dengan pengetahuan dan pengalaman terdahulu yang berkaitan dengan semua kursus yang ditawarkan dalam MOOC ini adalah dialu-alukan, namun ini bukan prasyarat kerana tiada siapa yang perlu ditinggalkan dalam mengejar pendidikan. Oleh itu, MOOC ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang bermotivasi untuk belajar dan memperoleh banyak pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan tugas atau memenuhi matlamat mereka.

MENTOR

Course Staff Image #1

Professor Dr Narayanan Kulathuramaiyer

Narayanan Kulathuramaiyer merupakan ketua kumpulan untuk projek UNIMAS Competen-SEA dan juga pereka MOOCs yang diketuai oleh komuniti untuk UNIMAS.

Course Staff Image #2

Chuah Kee Man

Kee Man merupakan koordinator untuk UNIMAS MOOC dan dia adalah orang yang berkerjasama dengan pihak USM. Dia juga bertanggungjawab untuk menghasilkan inti untuk gambaran keseluruhan dan fasilitasi modul.

Course Staff Image #2

AP Dr Johari Abdullah

Johari Abdullah telah menjadi ahli perintis kursus Literasi ICT UNIMAS MOOC. Beliau adalah penasihat teknikal dan juga bertanggungjawab untuk modul Media Sosial.

Course Staff Image #2

AP Dr Poline Bala

Poline Bala telah menjadi jurutera pengetahuan dan pakar domain untuk MOOCs yang diketuai oleh masyarakats. Beliau juga telah membangunkan papan cerita untuk modul pembelajaran Nuba Laya, Threading Beads dan Keselamatan Makanan.

Fasilitator

Course Staff Image #2

Sina Rang

Sina Rang adalah seorang penatua masyarakat di Bario, dan merupakan salah satu pakar tempatan dalam seni manik. Pengetahuan beliau tentang sejarah, kepentingan dan tradisi berkaitan dengan manik-manik dan masyarakat Kelabit sangat luas, menjadikannya pemimpin masyarakat yang berharga dan pelatih program MOOC ini.

SOALAN LAZIM

Adakah saya perlu bayar untuk mengikuti kursus ini?

Setakat ini, kursus kami dikendalikan secara percuma untuk semua peserta yang telah mendaftar untuk kursus ini.

Bagaimana saya boleh akses kursus ini?

Anda boleh akses kursus ini melalui laman sesawang. Anda perlu mendaftar sebuah akaun dalam platform ini untuk mengakses semua bahan-bahan kursus.