Bagaimana untuk akses kursus ini?
Kursus ini dijalankan dalam talian dengan menggunakan pelayar web. Anda hanya perlu daftar akaun di platform ini untuk akses bahan-bahan kursus.
Sejak zaman dahulu lagi, manik adalah objek keinginan. Hari ini, kepentingan manik-manik dalam budaya Kelabit masih wujud, dan usaha-usaha sedang dibuat untuk menodalkan kraf ini untuk faedah generasi akan datang.
Inisiatif untuk menyediakan kursus melalui Kursus Atas Talian Terbuka (MOOCs) yang bertumpukan pembuatan kraf menggunakan manik Kelabit oleh sekumpulan ibu tunggal di Bario adalah bukti usaha yang berterusan ini. Tujuan utama memperkenalkan MOOC ini adalah untuk melibatkan pengguna yang berada di pinggir kemajuan teknologi, disebabkan oleh akses terhad, jarak, kekangan bahasa, jurang pendidikan dan isu pentadbiran, untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran mereka kepada orang lain.
Kursus ini memberikan pendedahan asas tentang teknik pembuatan produk aksesori berasaskan manik secara tradisional oleh kaum Kelabit di Bario. Peserta kursus akan mempelajari asas-asas dalam pemilihan manik yang sesuai dan pembuatan rantai, gelang manik menggunakan teknik-teknik tradisional.
Peserta perlu mempunyai bahan-bahan yang sesuai untuk mempelajari kandungan kursus dengan lebih baik
Kursus ini dijalankan dalam talian dengan menggunakan pelayar web. Anda hanya perlu daftar akaun di platform ini untuk akses bahan-bahan kursus.
Setakat ini kursus ini ditawarkan secara percuma kepada perserta yang berdaftar sahaja